05:51
Subuh
07:26
Dhuha
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) SIRI 1/2025

481649606 1027899932487181 6805699679678328154 n

5 MAC 2025M | 4 RAMADAN 1446H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah mengadakan Program Ziarah Ramah Siri 1 tahun 2025M/1446H sempena Bulan Ramadan al-Mubarak. Program berbentuk dakwah bil hal ini adalah merupakan salah satu program strategik JAWI melalui kolaborasi strategik bersama institusi masjid dan juga hospital dalam merealisasikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Program menyantuni para pesakit melalui bacaan doa, penyampaian sumbangan barangan keperluan diri dan sumbangan wang tunai serta bertanya khabar dan kata-kata semangat kepada para pesakit. Mengambil pengajaran daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” (Riwayat Muslim).

Program ziarah kali ini diketuai sendiri oleh Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan diiringi YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut bersama pada ziarah kali ini adalah YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengerusi Masjid Az-Zahrawi HKL, YBrs. Encik Kamalazira bin Pauzi, Timbalan Pengarah (Pengurusan), HKL serta YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Seramai 50 orang pesakit yang telah disantuni dan menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral dan meringankan bebanan kepada para pesakit. JAWI merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak masjid dan HKL. Semoga kolaborasi strategik antara JAWI, Masjid Az-Zahrawi dan HKL akan berterusan dalam menyuburkan Islam di Wilayah Persekutuan.

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
481655100 1027900012487173 3154982322026332090 n 481498890 1027900075820500 3259865396009058874 n
481701728 1027900132487161 5498185658370173019 n 481703983 1027900179153823 4950905724937952008 n
481785804 1027900142487160 3087307101757597062 n 481779126 1027900165820491 2502606272932814799 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar