24 APRIL 2025M | 25 SYAWAL 1446H (KHAMIS) -Majlis Pelepasan Delegasi Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M telah diadakan di Lobi JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Delegasi ini akan menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M yang akan berlangsung pada 27 April hingga 2 Mei ini di Dewan 2020, Taman Budaya, Kangar, Perlis.
Delegasi Wilayah Persekutuan disertai dua orang peserta tilawah, enam orang peserta hafazan dan tiga orang guru pembimbing serta dua orang pegawai pengiring. Peserta Wilayah Persekutuan diwakili oleh seorang Qari, Muhammad Aildil bin Senin dan seorang Qariah, Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi.
Bagi hafazan al-Quran kategori juzuk 1-10 diwakili Fatih Al-Qayyum bin Fadhil Noor dan Nurizazie binti Mohamad manakala kategori juzuk 1-20, Asyraf Khan bin Razen Khan dan Ainin Saheela binti Anuar. Manakala, kategori juzuk 1-30 diwakili Muhammad Izzul Afnan bin Sazali dan Zuha binti Zahran.
Majlis Pelepasan Delegasi Tilawah dan Hafazan Wilayah Persekutuan telah dihadiri oleh Puan Suriati binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Semoga delegasi Wilayah Persekutuan mendapat kejayaan yang cemerlang di MTHQK 2025. Selamat maju jaya diucapkan buat para peserta Wilayah Persekutuan.
Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan