05:54
Subuh
07:28
Dhuha
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PELEPASAN DELEGASI WILAYAH PERSEKUTUAN KE MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN (MTHQK) TAHUN 1446H/2025M

492456042 1064579995485841 3784254017152118226 n

24 APRIL 2025M | 25 SYAWAL 1446H (KHAMIS) -Majlis Pelepasan Delegasi Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M telah diadakan di Lobi JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Delegasi ini akan menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M yang akan berlangsung pada 27 April hingga 2 Mei ini di Dewan 2020, Taman Budaya, Kangar, Perlis.
Delegasi Wilayah Persekutuan disertai dua orang peserta tilawah, enam orang peserta hafazan dan tiga orang guru pembimbing serta dua orang pegawai pengiring. Peserta Wilayah Persekutuan diwakili oleh seorang Qari, Muhammad Aildil bin Senin dan seorang Qariah, Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi.

Bagi hafazan al-Quran kategori juzuk 1-10 diwakili Fatih Al-Qayyum bin Fadhil Noor dan Nurizazie binti Mohamad manakala kategori juzuk 1-20, Asyraf Khan bin Razen Khan dan Ainin Saheela binti Anuar. Manakala, kategori juzuk 1-30 diwakili Muhammad Izzul Afnan bin Sazali dan Zuha binti Zahran.

Majlis Pelepasan Delegasi Tilawah dan Hafazan Wilayah Persekutuan telah dihadiri oleh Puan Suriati binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Semoga delegasi Wilayah Persekutuan mendapat kejayaan yang cemerlang di MTHQK 2025. Selamat maju jaya diucapkan buat para peserta Wilayah Persekutuan.

 

Disediakan oleh,

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
492025711 1064579942152513 3845161366507149710 n 492521277 1064579862152521 8832053263217194713 n
493391801 1064579892152518 5660741884831289752 n 492300944 1064580055485835 8918544244205978289 n
492755258 1064579945485846 3321072331966284434 n 492469012 1064579858819188 4870134302951008687 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar