MAJLIS RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA MUALAF 2025

493360211 1064632745480566 7760658251565953223 n

24 APRIL 2025M | 25 SYAWAL 1446H (KHAMIS) -JAWI melalui Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Majlis Raikan Aidilfitri Bersama Mualaf Tahun 2025 di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Lebih 140 mualaf yang merupakan pelajar di Kompleks Darul Hidayah diraikan dalam majlis ini.Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah McDonald's Malaysia, yang menyumbangkan pek makanan McDonald's kepada para pelajar.

Majllis bertambah meriah lagi dengan kehadiran
- YBrs. Tuan Haji Hanifudin bin Roslan, Pengarah JAWI.
- YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.
- YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
- YBrs. Ustaz Ahmad Tarmizi bin Yahaya, Pengurus Baitulmal MAIWP.
Majlis turut diserikan juga dengan kehadiran:- Agensi-agensi berdekatan KDH iaitu anggota Polis Balai Sentul, Balai Bomba Sentul, Pengarah Permata Kurnia, pegawai-pegawai JAWI dan MAIWP.

Pengisian Program:
Program bermula dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Ustazah Maznah binti Yusof, yang mengingatkan para pelajar tentang pentingnya ukhuwah di samping kemeriahan Aidilfitri. Beliau turut menekankan kelebihan bulan Syawal yang hadir selepas Ramadan sebagai dorongan untuk meneruskan amalan baik.


Majlis diteruskan dengan persembahan kumpulan nasyid Kompleks Darul Hidayah, Soutul Hidayah, diikuti dengan jamuan Hari Raya. Kemeriahan semakin terasa dengan persembahan daripada kelas tahap Asas, Pertengahan, Lanjutan, dan Tahsin, yang berlangsung ketika jamuan raya. Selain itu, terdapat pertandingan booth Aidilfitri dan pakaian Aidilfitri terbaik, yang telah diadili oleh barisan hakim yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAWI.
Harapan Program:

Semoga program ini memberikan manfaat besar dan menjadi inspirasi kepada para mualaf untuk terus bersilaturahim.

Sirru ‘ala barakatillah.

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
492002166 1064632688813905 233621065051008569 n 492148518 1064632865480554 5098812429904876052 n
494003489 1064632795480561 5186136776495068677 n 493809238 1064632748813899 2697500967650900347 n
492303928 1064632828813891 278048806105052162 n 492226720 1064632675480573 5464404967276748432 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan