MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 'ILAJ HOME 2025
26 APRIL 2025M | 27 SYAWAL 1446H (SABTU) -Cawangan ’Ilaj Home telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang dimulakan dengan sesi Bicara Khaira Ummah bertajuk “Kembali Kepada Fitrah”. Sesi perkongsian tersebut disampaikan oleh YBrs. Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai PERKIM.
Majlis kemudiannya turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang mewakili Pengarah JAWI.
Penganjuran majlis ini bertujuan memberikan sokongan moral dan motivasi kepada klien ’Ilaj Home dalam meneruskan kehidupan, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan antara klien, ahli keluarga, dan warga ’Ilaj Home seluruhnya.
Selain itu, majlis ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memulihkan dan membimbing klien ke arah kehidupan yang lebih baik.
Semoga inisiatif ini terus menjadi medan memperkasa komuniti menuju kesejahteraan dan kebaikan bersama.Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan