JAWI RAI AIDILFITRI BERSAMA OKU PENDENGARAN
26 APRIL 2025M | 27 SYAWAL 1446H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Pendengaran Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran. Program yang berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Ar-Rahman, Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh 200 orang yang terdiri daripada 110 orang peserta berserta ahli keluarga termasuk kanak-kanak daripada Persatuan Orang Cacat Pendengaran Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD).
Majlis telah dimulakan dengan sesi pengisian rohani yang disampaikan oleh penceramah jemputan, YBrs. Ustaz Sabran Jamil yang bertajuk “Raya Cara Rasulullah SAW". Melalui perkongsian ilmu ini penceramah yang tidak lagi asing di pentas dakwah ini telah berkongsi berkaitan sifat-sifat mahmudah dalam meraikan Aidilfitri antaranya sabar dan syukur. Manusia terkadang lupa untuk mensyukuri hal-hal kecil yang diperoleh. Walhal, direzekikan menyambut Aidilfitri bersama keluarga sahaja adalah sebesar-besar nikmat yang saudara kita di negara yang sedang bergolak tidak dapat merasainya. Jika sebelum ini kita hanya mengira sedihnya ujian dengan kekurangan diri dan rasa penat, usahakanlah untuk ubah diri tanamkan rasa syukur atas setiap nikmat yang dikecapi.
Kemeriahan sambutan hari raya ini diserikan lagi dengan sesi serahan duit raya daripada Tuan Haji Aqlam bin Jafri, Yang Dipertua PRISMA khusus buat anak-anak peserta yang turut sama memeriahkan majlis tersebut. Kemuncak majlis diteruskan dengan para peserta dirai melalui juadah Hari Raya di samping burger McDonald's sumbangan Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd. Jelas terpancar keriangan anak-anak dan para peserta yang saling bertukar juadah sekaligus menjadi medan memperkukuh ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan komuniti OKU Pendengaran. Peserta turut dirai dengan Semoga program ini dapat menjadi pemangkin kepada komuniti OKU Pendengaran untuk terus mengeratkan silaturrahim sesama warga PRISMA dan KLSD.
Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan