05:54
Subuh
07:28
Dhuha
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DAURAH FIQH WANITA BERSAMA PERTUBUHAN IBU TUNGGAL ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

494046308 1066260755317765 5195011309768091915 n

26 APRIL 2025 | 26 SYAWAL 1446H (SABTU) - Program Daurah Fiqh Wanita Siri 3/2025 telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Wanita IKRAM Kuala Lumpur. Program yang diadakan di Pusat Komuniti Gombak Taman Melati, Kuala Lumpur ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan.

Program dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh mahasiswi Huffaz Leadership Program, UIAM. Daurah kemudiannya diteruskan dengan slot perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Sofiah binti Samsuddin, Pensyarah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, UIAM. Di awal perkongsian, penceramah yang merupakan seorang pakar dalam bidang al-Quran dan al-Hadith menekankan aspek akidah khususnya rukun iman, sebagai tunjang kepada kehidupan seorang muslim sebelum ilmu-ilmu lain. Para ibu juga berpeluang menelusuri dan menghayati bukti keagungan Allah SWT dan betapa kerdilnya kita sebagai hamba menerusi Surah al-Fatihah, Ayat al-kursi di dalam surah al-Baqarah, surah al -Ikhlas dan al-Falaq.

Daurah siri kali ini turut disertai oleh beberapa mahasiswi UIAM selaku sukarelawan yang menyumbang tenaga membantu melancarkan perjalanan Daurah. Semoga penganjuran majlis ilmu ini dapat memberi impak yang kepada para ibu tunggal dalam memperkasa kefahaman Islam serta menjadi pembakar semangat dalam mengharungi ujian hidup sekaligus melahirkan lebih ramai wanita yang seimbang rohani, jasmani dan intelektual.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 
493454053 1066260875317753 616334754559389331 n 493474893 1066260828651091 3990330382770447481 n
493610968 1066260795317761 730026802702788154 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar