ZIARAH RAMAH SIRI 3 SEMPENA AIDILFITRI KE HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM)
23 APRIL 2025M | 24 SYAWAL 1446H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah menganjurkan Program Ziarah Ramah Siri 3 bersempena Aidilfitri tahun 2025M/1446H. Program berbentuk Dakwah Bil Hal ini merupakan salah satu program strategik JAWI melalui kolaborasi strategik bersama institusi masjid dan juga hospital dalam merealisasikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI).
Program ziarah kali ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI diiringi oleh Puan Syarifah Nurolazan binti Shaikh Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Pegawai Bahagian pengurusan Masjid Zon 4. Rombongan JAWI telah disambut oleh Pengarah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), YBrs. Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Hj Mohamed Hatta Bin Hj Manis Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) dan turut bersama YBrs. Kolonel Fauzi Bin Mamat, Ketua Bahagian Pengurusan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Program menyantuni para pesakit ini dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya penyampaian sumbangan barangan keperluan diri serta sumbangan wang tunai di samping bertanya khabar dan diakhiri dengan kata-kata semangat kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan. Seramai 50 orang pesakit telah disantuni dan menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral dan meringankan bebanan kepada para pesakit.
JAWI merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada HATTM. Semoga kolaborasi strategik seumpama ini akan berterusan dalam menyuburkan Islam di Wilayah Persekutuan.
Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jumlah paparan: 39