MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN 2025
17 APRIL 2025M | 18 SYAWAL 1446H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, telah mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Wilayah Persekutuan (JKHEMWP) Kali Ke-24 Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah JAWI, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, selaku Timbalan Pengerusi JKHEMWP, serta ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan individu muallaf yang dilantik. Mesyuarat yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia ini membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan pengurusan hal ehwal muallaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk aspek perkahwinan, pendidikan dan kebajikan.
Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan ucapan penutup daripada YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama erat semua ahli demi manfaat dan kesinambungan pengurusan muallaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan