DAURAH FIQH REMAJA BERSAMA ANAK-ANAK PERTUBUHAN RAHOMA
19 APRIL 2025M | 20 SYAWAL 1446H (SABTU)-Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Daurah Fiqh Remaja di Pertubuhan Rahoma Darul Fakir. Program ini telah disertai oleh 40 orang peserta dalam kalangan remaja yang merupakan penghuni rumah kebajikan Pertubuhan kakitangan Rahoma Darul Fakir. Mereka ini terdiri daripada anak yatim dan miskin
Slot Daurah bagi siri kali ini telah dikendalikan oleh penceramah yang tidak asing di pentas dakwah iaitu Dai Nur Hidayu Binti Mohd Kamil dengan topik "Selamat Datang ke Dunia Remaja". Melalui slot ini, para peserta diberi pendedahan berkaitan jenis dan sifat darah serta kaedah pengiraannya dengan terperinci. Bagi memudahkan para peserta memahami kaedah pengiraan bilangan hari haid sekaligus dapat membezakan antara haid dan istahadah, para peserta dibekalkan dengan kalendar bagi memudahkan praktikal latihan pengiraan dilakukan dengan lebih jelas.
Objektif slot daurah siri ini adalah bertujuan memberi kefahaman para remaja wanita khususnya berkaitan fiqh darah yang tidak dapat dinafikan sangat penting bagi anak-anak yang sedang meniti usia aqil baligh. Sepanjang mengendalikan daurah, Penceramah berkali-kali mengutarakan harapan agar para peserta dapat memberi perhatian dalam memahami dan mengenali jenis darah yang dialami oleh wanita serta kaedah mandi hadas besar mengikut Al-Quran dan Al-Hadith.
Sepanjang Daurah berlangsung, para peserta memberikan respon dan berinteraksi dengan sangat baik dan konsisten bersama Penceramah bermula dari jam 9.30 pagi sehingga slot Daurah selesai. Semoga penganjuran Daurah ini dapat memberi manfaat kepada peserta serta membantu dalam memahami fiqh wanita khususnya berkaitan jenis darah dan kaedah pengiraannya. Sebaik habis sesi pengajian para peserta kemudiannya dibawa untuk menikmati makan tengahari di Restoran Senda Shabu Shabu.
Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan