05:55
Subuh
07:29
Dhuha
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DAURAH FIQH WANITA BERSAMA KAKITANGAN PERUBATAN HOSPITAL TUNKU AZIZAH

WhatsApp Image 2025 04 16 at 8.47.51 PM 2

16 APRIL 2025M / 17 SYAWAL 1446H (RABU) - Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku Azizah telah mengadakan Program Daurah Fiqh Wanita Siri 1/2025 yang disertai oleh 140 orang anggota perubatan Hospital Tunku Ampuan Azizah Kuala Lumpur yang setiap masa berhadapan dengan para ibu yang bakal melahirkan bayi .
Daurah Fiqh ini telah dikendalikan oleh Penceramah undangan yang tidak asing lagi di pentas dakwah, Ustazah Nurul Hidayah binti Kamarudin dengan kupasan topik yang cukup sinonim dengan kaum wanita khususnya bakal-bakal ibu iaitu 'Wanita Hamil : Dah Masuk Wad, Wajibkah Ibu Solat?" Realiti hari ini menyaksikan, ramai kalangan ibu yang bakal melahirkan bayi masih kurang pendedahan berkaitan hukum solat bagi wanita hamil yang sedang menunggu masa kelahiran bayi.

Melalui sesi perkongsian ilmu ini, para peserta diberi pendedahan tentang pembahagian darah wanita khususnya bagi wanita hamil yang bakal melahirkan. Para wanita yang sedang sakit menunggu masa bersalin tetap wajib menunaikan solat fardu walaupun setelah keluar air ketuban atau darah daripada kemaluan sebelum melahirkan kerana darah itu dihukumkan sebagai darah fasad.

Bagi ibu-ibu yang sedang sakit menunggu masa melahirkan, sekiranya dia tidak mampu untuk solat secara berdiri, maka solatlah secara duduk, sekiranya masih tidak mampu maka solat secara mengiring di atas lambung kanan, sekiranya tidak mampu maka solat pula secara berbaring telentang dan sekiranya tidak mampu maka solat melalui isyarat mata bertepatan dengan hadith Rasullah SAW dalam Sahih Bukhari, Baginda SAW bersabda:
صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring di atas lambung kanan.”

Namun begitu, sekiranya keadaan ibu tersangat sakit sehingga tidak mampu untuk mengerjakan solat, maka wajib ke atas wanita itu qadha’ solatnya. Perkongsian kepada anggota perubatan ini adalah sebagai panduan kepada mereka dalam usaha membantu para pesakit di kalangan bakal-bakal ibu semasa berada di hospital.

Dalam sesi soal jawab, kakitangan perubatan juga tidak lokek berkongsi pengalaman dan permasalahan segelintir ibu-ibu menunggu saat melahirkan di hospital yang memandang ringan pada ibadah solat. Daripada sesi perkongsian ilmu yang padat dengan fakta dan huraian yang bertepatan dengan Al-Quran, Hadith serta pendangan ulama berkaitan isu ini membolehkan para kakitangan kembali cakna sekaligus menjadi medan dakwah untuk sama-sama berganding bahu menitik beratkan ibadah solat bagi pesakit di samping menjalankan kerja hakiki dalam memastikan para pesakit menerima rawatan yang terbaik.

Semoga penganjuran Daurah ini dapat memberi manfaat dan input yang berguna kepada anggota perubatan sekaligus menjadi ilmu bermanfaat yang juga dapat dikongsikan kepada pesakit.

 
WhatsApp Image 2025 04 16 at 8.47.50 PM f5c453de a5ae 4719 ac03 ad3e0de92294
WhatsApp Image 2025 04 16 at 8.47.51 PM 512b35a2 1941 4b1f b231 301b12273c4a
WhatsApp Image 2025 04 16 at 8.47.50 PM 1 WhatsApp Image 2025 04 16 at 8.47.51 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar