PROGRAM PSIKOSOSIAL - PROGRAM KELUARGA PENGUAT MASA DEPAN CEMERLANG (FAMILY ASSOCIATION)
08 Disember 2024M | 06 Jamadilakhir 1446H (AHAD) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan 'Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Keluarga Penguat Masa Depan Cemerlang (Family Assosciation) dengan kolaboratif bersama Exact Ventures sebagai jemputan penceramah yang bertempat di Dewan Serbaguna, 'Ilaj Home. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti program terapi Psikososial yang diadakan khusus buat klien 'Ilaj Home bersama keluarga. Ianya bertujuan bagi memupuk kesedaran dan kesefahaman para ahli keluarga untuk membantu klien membina hidup mereka yang lebih berkualiti di samping meningkatkan motivasi klien untuk mengubah hidup mereka menjadi manusia yang berguna. Program yang dikendalikan oleh kakitangan 'Ilaj Home ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim di antara pengurusan IH dan ahli keluarga klien. Turut serta dalam program ini juga adalah Tuan Hj. Abu Bakar bin Lajis, Panel Pakar Penggubal Manual Rawatan 'Ilaj Home, pesara pegawai di Kementerian Kesihatan Malaysia yang sudi turut serta sepanjang program ini berlangsung. Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada klien dan juga ahli keluarga mereka. Para klien juga berasa sangat gembira kerana dapat berkumpul dengan ahli keluarga di samping dapat mengubati kerinduan yang terpendam. Program berakhir dengan ucapan perasmian serta penyampaian cenderahati oleh YBrs. Encik Lukman bin Mohd. Hosni, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan 'Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan