KUNJUNG HORMAT KE PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH, MAIS & AADK
10 Disember 2024M | 8 Jamadilakhir 1446H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan 'Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Lawatan Kunjung Hormat ke Pusat Pemulihan Baitul Islah, MAIS & AADK di Serendah, Selangor. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengadakan sesi perkongsian maklumat berkenaan penubuhan, objektif, pengurusan dan pentadbiran Baitul Islah di samping menjalankan sesi percambahan dan pertukaran idea dalam amalan terbaik (best practices) pengurusan klien serta membina hubungan jalinan kerjasama antara institusi yang menguruskan ODHA. Lawatan ini dimulakan dengan pembentangan oleh Puan Mazlina binti Osman tentang perkenalan serta pengoperasian yang menyeluruh di Pusat Pemulihan Baitul Islah dan disusuli dengan sesi pertukaran idea sebagai inspirasi kepada kakitangan 'Ilaj Home dalam penambahbaikan dari sudut pengurusan pengoperasian 'Ilaj Home. Majlis diakhiri dengan acara pertukaran cederamata dan sesi bergambar beramai-ramai serta makan tengahari. Semoga jalinan kerjasama ini akan dapat diteruskan untuk kebaikan kepada golongan ODHA dan pengurusan pihak 'Ilaj Home.
|
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan