KULIAH KAFI - BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH
13 JULAI 2024M | 7 MUHARRAM 1446H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama NGO - IKRAM, Surau Al-Mujib Cheras, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kuliah Al-Quran Dan Kefahaman Islam (KAFI) - Bengkel Pengurusan Jenazah. Bertempat di Surau Al-Mujib, Perumahan Awam Sri Johor 4C Cheras, Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 70 orang terdiri daripada penduduk setempat. Turut hadir pada program tersebut ialah YBrs. Ustaz Amin, Ahli Jawatankuasa IKRAM Cawangan Bandar Tun Razak, Ustaz Mohd Amin Bin Daud selaku Penceramah, manakala Pn. Siti Nor Zaharah Binti Mohd Tahir, Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI selaku Fasilitator. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Ustaz Amin, Ahli Jawatankuasa Ikram Cawangan Bandar Tun Razak, seterusnya dimulakan dengan slot pertama dan slot kedua Pengurusan Jenazah. Seterusnya disusuli dengan praktikal Pengurusan Jenazah oleh barisan fasilitator. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu pengurusan jenazah dan dapat sama-sama mempraktikkan fardhu kifayah kepada ahli masyarakat. |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan